Hari pertama persekolahan,pasti semua orang pernah melaluinya.
Tiba-tiba aku teringat tentang perhimpunan pertama yang aku hadiri pada hari pertama aku mendaftar di sekolah menengah ku ini.
Kami semua perlu beratur seperti mana biasa kami semua lakukan di sekolah rendah dahulu.
Kami tidak dibenarkan masuk ke kelas terlebih dahulu dan kami dikehendaki duduk
di dataran mengikut barisan kelas masing-masing.
Yang paling tidak boleh aku lupakan dari ingatanku adalah
pengalaman aku semasa tersalah beratur di barisan pelajar yang lebih senior dariku memandangkan
aku tidak mengenali siapa pelajar baru seperti ku juga di sekolah itu.
Aku segan untuk bertanya kepada sesiapa tentang barisan kelasku.
Tetapi secara logiknya semestinya barisan pertama adalah kawasan pelajar-pelajar tingkatan satu ditempatkan.
Aku pun terus duduk dan diam seribu bahasa dek kerana kegugupan yang aku rasa pada hari pertama aku bersekolah.
Pelajar yang duduk di hadapan serta sebelah menyebelah dengan ku memberikan pandangan yang sukar aku tafsirkan.
Kami semua seterusnya diminta berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah serta membaca ikrar.
Baru aku sedar pada saat itu aku sudah tersalah beratur di tempat pelajar yang lebih senior kerana mereka sememangnya sudah menghafal lagu sekolah kami.
Aku hanya menayangkan muka bersahaja padahal aku berasa sanhgat malu pada saat itu.
mungkin itu antara saat yang memalukan dalam kenangan aku pada hari pertama di sekolah ini.
Haha...pastinya aku tergelak setiap kali kisah ini terlintas dalam fikiranku.Aku kemudiannya bangun dan terus bertanya kepada pengawas tentang barisan kelasku yang sebenar. Aku pun terusmengikut arah yang ditunjukkan oleh pengawas itu. Kawan-kawan yang sekelas denganku memberikan senyuman mesra dan memperkenalkan diri mereka.
Mereka semua menyangkakan bahawa aku terlambat datang pada hari pertama walhal aku sebenarnya sudah tersilap kelas sebentar tadi.
Tapi aku sekadar mengiakan kerana aku tak mahu sesiapa pun tahu tentang itu.
Tak mungkin akan aku ceritakan kepada mereka takut pula menjadi bahan jenaka bagi mereka semua.
Ini merupakan kenangan yang tak mungkin mudah aku lupakan begitu sahaja kerana merupakan permulaan hari aku di sekolah ini.





