Monday, 19 September 2011

Sekolah aku :)

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pasir Pekan. Pada ketika itu, ia tidak mempunyai bangunan tetap dan hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sebelah petang.

Bilangan pelajar ketika itu seramai 169 orang, yang mana terbahagi kepada 5 kelas. Tenaga pengajar pula seramai 5 orang dan Guru Besar pertama ketika itu ialah Encik Mohd Daham bin Haji Abd Hamid. Beliau berasal dari Kubang Kerian.

Pada 9 September 1966, para pelajar telah berpindah ke bangunan kekal yang siap dibina pada pertengahan tahun 1966. Blok-blok bangunan terdiri dari 2 blok utama iaitu Blok A dan Blok B serta kantin dan sebuah bengkel seni perusahaan.

Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu Encik Mohd Khir bin Johari pada 2 Julai 1967. Dengan dipersetujui oleh keluarga Allahyarham Major Haji Mahmud Mahyidin D.P.M.K., M.B.E., sekolah ini telah diberi nama beliau sebagai tokoh yang telah banyak berjasa di bidang pelajaran, ketenteraan serta kebajikan rakyat di Kelantan khasnya. Sehingga kini, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.
Objektif  Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.  
    • Meningkatkan Kecemerlangan Prestasi Akademik Pelajar Khususnya Dalam Peperiksaan PMR, SPM dan STPM
    • Meningkatkan Kualiti Pengurusan Dan Pentadbiran Serta Kepimpinan Sekolah Ke Arah Mencapai Tahap Pendidikan Bertaraf Dunia
    • Mewujudkan Iklim Dan Persekitaran Sekolah Ke Arah Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar
    • Melahirkan Pelajar Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan dan Jati Diri Dengan Semangat Kenegaraan Demi Agama, Bangsa Dan Negara
    • Meningkatkan Mutu Disiplin Dan Moral Yang Tinggi Di Kalangan. Pelajar Sehingga. Mencapai Tahap 'Zero Defect'
    • Mempertingkatkan Taraf Profesional Serta Semangat Kerjasama Dan Permuafakatan Yang Utuh Di Kalangan Staf Dalam Satu Pasukan Bagi Mencapai Objektif Sekolah
    • Berusaha Meningkatkan Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah Serta Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Penyayang Menerusi Penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
    • Melahirkan Para Pelajar Yang Mempunyai Kemahiran Yang Tinggi Dalam Bidang Teknologi Maklumat (ICT)
    • Mewujudkan Rangkaian Komunikasi Dan Kerjasama Yang Berkesan Di Antara Sekolah, PIBG, Alumni, Agensi Kerajaan, Swasta Dan Masyarakat Sekitar
    • Berusaha Mencapai Hasrat Negara Ke Arah Wawasan 2020.                                                     
                                                            


       
LENCANA SMK MAHMUD MAHYIDIN                                                                                                                     Latarbelakang berwarna biru
Lambang Perpaduan

Obor
Lambang sekolah-sekolah yang memberi erti Suluh Kemajuan

Dua daun padi berwarna kuning dan
dua batang padi berwarna hijau

Memberi erti kemakmuran

Buku
Pelajaran diutamakan

Jambatan
Situasi sekolah di seberang Kota Bharu (Pasir Pekan)
Penghubung dari. kemunduran ke arah kemajuan

Hitam, Putih dan Merah
Warna bendera sekolah

MAJU
Moto sekolah - Murid-Murid Yang Sentiasa Ingin Maju

1965
Tahun penubuhan SMK Mahmud Mahyidin


    No comments:

    Post a Comment