Monday, 19 September 2011

Sekitar Hari Pertama di Sekolah Menengah.... :)

Hari pertama persekolahan,pasti semua orang pernah melaluinya. 
Tiba-tiba aku teringat tentang perhimpunan pertama yang aku hadiri pada hari pertama aku mendaftar di sekolah menengah ku ini.
 Kami semua perlu beratur seperti mana biasa kami semua lakukan di sekolah rendah dahulu.
Kami tidak dibenarkan masuk ke kelas terlebih dahulu dan kami dikehendaki duduk 
di dataran mengikut barisan kelas masing-masing.
Yang paling tidak boleh aku lupakan dari ingatanku adalah 
pengalaman aku semasa tersalah beratur di barisan pelajar yang lebih senior dariku memandangkan 
aku tidak mengenali siapa pelajar baru seperti ku juga di sekolah itu.
Aku segan untuk bertanya kepada sesiapa tentang barisan kelasku.
Tetapi secara logiknya semestinya barisan pertama adalah kawasan pelajar-pelajar tingkatan satu ditempatkan.
Aku pun terus duduk dan diam seribu bahasa dek kerana kegugupan yang aku rasa pada hari pertama aku bersekolah.
Pelajar yang duduk di hadapan serta sebelah menyebelah dengan ku memberikan pandangan yang sukar aku tafsirkan.
Kami semua seterusnya diminta berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah serta membaca ikrar.
Baru aku sedar pada saat itu aku sudah tersalah beratur di tempat pelajar yang lebih senior kerana mereka sememangnya sudah menghafal lagu sekolah kami.
Aku hanya menayangkan muka bersahaja padahal aku berasa sanhgat malu pada saat itu.
mungkin itu antara saat yang memalukan dalam kenangan aku pada hari pertama di sekolah ini.
Haha...pastinya aku tergelak setiap kali kisah ini terlintas dalam fikiranku.Aku kemudiannya bangun dan terus bertanya kepada pengawas tentang barisan kelasku yang sebenar. Aku pun terusmengikut arah yang ditunjukkan oleh pengawas itu. Kawan-kawan yang sekelas denganku memberikan senyuman mesra dan memperkenalkan diri mereka.
Mereka semua menyangkakan bahawa aku terlambat datang pada hari pertama walhal aku sebenarnya sudah tersilap kelas sebentar tadi.
Tapi aku sekadar mengiakan kerana aku tak mahu sesiapa pun tahu tentang itu.
Tak mungkin akan aku ceritakan kepada mereka takut pula menjadi bahan jenaka bagi mereka semua.
Ini merupakan kenangan yang tak mungkin mudah aku lupakan begitu sahaja kerana merupakan permulaan hari aku di sekolah ini.

HaRi MenYesuaikn Diri DenGan KwAn BaRu

Melangkah je kaki ke SMK Mahmud Mahyidin maka bermula lah saat2 paling ditunggu dimana aku akan berkenalan dengan kawan-kawan baru....:)
Group Ni Dinamakn Sbg Bio_boyz
mereka  diatas adalah kawan-kawan aku semasa di SMK Mahmud Mahyidin.:p... ingin aku kenalkn bermula di sebelah kiri...
 Namanya Taqim seorang yang pendiam tetapi suka bergaul. Dia juga salah seorg pelajar cemerlang dalam SMK Mahmud Mahyidin. Sekarang dia sedang belajar di UPM menyambung ijazah...
Kenangan Bersama Farhan
Yang kedua namanya Farhan, Farhan ini tersangat fasih berbahasa inggeris,dia berasal dari perlis dan berhijrah ke kelantan.Farhan pernah menyertai pertandingan NEW STRAITS TIMES bersama beberapa kawan yang lain iaitu AINA,FATIN DAN AISYAH. tetapi cuma Farhan sahaja yg berjaya ke peringkat akhir dan mendapat tempat yg ke4.. sekarang dia sedang belajar di UiTM Selangor,
Fida Mohd Ali


Yang ketiga namanya Fida Mohd Ali seorang pelajar yang suka kepada ilmu..dia seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009, dan dia berasal dari PAKISTAN dan berhijrah ke MALAYSIA pada usia 7tahun.. Apa yang boleh dibanggakan Fida mula fasih berbahasa melayu pada usia 10 tahun.. sekarang dia sedang belajar di tingkatan 6 aliran sains.. dia berada di tingkatan 6 kerana belum ada status warganegara dan sedang diproses statusnya.

dari kiri: Taqim ,Rosdi ,Habib 


Yg keempat namanya Rosdi seorang yang bertanggungjawab dalam melakukan tugas.. Rosdi selalunya diberi tugas untuk menjalankan sesebuah program, dan setiap hasil kerjanya berjalan dengan baik.. sekarang dia sedang belajar di UiTM Marchang..


Yg kelima namanya Naim Asyraf seorang yang suka memuji org lain,. dia juga seorang yang gigih berusaha dan seorang yang mudah merajuk... Naim Asyraf digelar sebagai mulut manis kerana sikap memuji nya... dia baru sahaja menamatkan pengajian di matrikulasi dan menyambung pengajian di UMT di peringkat ijazah...


Yg keenam namanya Nik Mohd Burhan ,nik tak sama dengan kawan yang lain,nik lebih suka berseorangan dan belajar seorang diri.. nik juga seorang yang aktif dalam bersukan terutama dalam olahraga... nik sekarang sedang belajar di UPM di peringkat ijazah..

Yg ketujuh namanya Habib sepupu kepada taqimHabib tidak ada bezanya dengan sepupunya Taqim. cuma Habib lebih kepada bersukan.. sekarang dia sedang belajar di tingkatan 6 dalam jurusan sastera.

Sekolah aku :)

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pasir Pekan. Pada ketika itu, ia tidak mempunyai bangunan tetap dan hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sebelah petang.

Bilangan pelajar ketika itu seramai 169 orang, yang mana terbahagi kepada 5 kelas. Tenaga pengajar pula seramai 5 orang dan Guru Besar pertama ketika itu ialah Encik Mohd Daham bin Haji Abd Hamid. Beliau berasal dari Kubang Kerian.

Pada 9 September 1966, para pelajar telah berpindah ke bangunan kekal yang siap dibina pada pertengahan tahun 1966. Blok-blok bangunan terdiri dari 2 blok utama iaitu Blok A dan Blok B serta kantin dan sebuah bengkel seni perusahaan.

Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu Encik Mohd Khir bin Johari pada 2 Julai 1967. Dengan dipersetujui oleh keluarga Allahyarham Major Haji Mahmud Mahyidin D.P.M.K., M.B.E., sekolah ini telah diberi nama beliau sebagai tokoh yang telah banyak berjasa di bidang pelajaran, ketenteraan serta kebajikan rakyat di Kelantan khasnya. Sehingga kini, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.
Objektif  Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.  
    • Meningkatkan Kecemerlangan Prestasi Akademik Pelajar Khususnya Dalam Peperiksaan PMR, SPM dan STPM
    • Meningkatkan Kualiti Pengurusan Dan Pentadbiran Serta Kepimpinan Sekolah Ke Arah Mencapai Tahap Pendidikan Bertaraf Dunia
    • Mewujudkan Iklim Dan Persekitaran Sekolah Ke Arah Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar
    • Melahirkan Pelajar Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan dan Jati Diri Dengan Semangat Kenegaraan Demi Agama, Bangsa Dan Negara
    • Meningkatkan Mutu Disiplin Dan Moral Yang Tinggi Di Kalangan. Pelajar Sehingga. Mencapai Tahap 'Zero Defect'
    • Mempertingkatkan Taraf Profesional Serta Semangat Kerjasama Dan Permuafakatan Yang Utuh Di Kalangan Staf Dalam Satu Pasukan Bagi Mencapai Objektif Sekolah
    • Berusaha Meningkatkan Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah Serta Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Penyayang Menerusi Penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
    • Melahirkan Para Pelajar Yang Mempunyai Kemahiran Yang Tinggi Dalam Bidang Teknologi Maklumat (ICT)
    • Mewujudkan Rangkaian Komunikasi Dan Kerjasama Yang Berkesan Di Antara Sekolah, PIBG, Alumni, Agensi Kerajaan, Swasta Dan Masyarakat Sekitar
    • Berusaha Mencapai Hasrat Negara Ke Arah Wawasan 2020.                                                     
                                                            


       
LENCANA SMK MAHMUD MAHYIDIN                                                                                                                     Latarbelakang berwarna biru
Lambang Perpaduan

Obor
Lambang sekolah-sekolah yang memberi erti Suluh Kemajuan

Dua daun padi berwarna kuning dan
dua batang padi berwarna hijau

Memberi erti kemakmuran

Buku
Pelajaran diutamakan

Jambatan
Situasi sekolah di seberang Kota Bharu (Pasir Pekan)
Penghubung dari. kemunduran ke arah kemajuan

Hitam, Putih dan Merah
Warna bendera sekolah

MAJU
Moto sekolah - Murid-Murid Yang Sentiasa Ingin Maju

1965
Tahun penubuhan SMK Mahmud Mahyidin


    Sekolah Menengah la pulakkk:)

    Alam sekolah menengah,alam baru yang kini aku jejaki. Umurku pada saat ini 13 tahun. Aku bukanlah lagi pelajar sekolah rendah dan bagi yang sebaya dengan aku pasti suka digelar remaja. Hari pertama aku di sekolah menengah mungkin tidak seteruk atau mungkin tidak seistimewa seperti mana pengalaman aku semasa hari pertama di sekolah menengah. Aku kini bergelar pelajar SMK MAHMUD MAHYIDIN.Uniform sekolah aku juga sudah bertukar almaklumlah aku kini sudah berada di sekolah menengah dan bukannya sekolah rendah. Walaupun mungkin aku tidak lagi segugup sepertimana hari pertama di sekolah rendah aku tetap berasa gementar kerana aku bertemu dengan ramai orang yang tidak aku kenali. Masuk kea lam sekolah menengah sebenarnya merupakan satu peristiwa yang tidak aku gemari kerana aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku sewaktu aku berada di sekolah rendah dahulu. Kami semua berpecah menuju ke haluan hidup masing-masing. Kami tidak lagi bersekolah di sekolah yang sama.  Hari pertama aku di sekolah menengah menemukan aku dengan rakan-rakan lain yang bersekolah di pelbagai sekolah rendah sebelum ini. Kami semua berkenalan sesama sendiri semasa berada di dataran semasa perhimpunan . Hari pertama di sekolah ini, para pengawas yang bertugas memecahkan kami semua kepada beberapa kumpulan dan membawa kami melihat-melihat kawasan sekolah. Kawasan sekolah baru aku itu sangat luas. Minguu pertama di sekolah ini merupakan minggu orientasibuat kami pelajar-pelajar baru di situ. Kami terbabit dengan pelbagai aktiviti Latihan Dlam Kumpulan( LDK ). Antara kenangan yang tak dapat aku lupakan adalah tugasan yang diberikan kami yakni untuk mendapatkan tandatangan 30 0rang guru yang senarai namanya telah diberikan kepada kami. Puas kami menjelajah ke seluruh sekolah untuk mencari guru-guru tersebut. Sememangnya itu pengalaman yang sangat memenatkan dan menyeronokkan jika aku ingat kembali. Pelbagai perkara yang terpaksa aku dan rakan-rakan buat sebelum guru-guru itu menurunkan tandatangan mereka. Haha tak mungkin aku lupakan semua kisah itu. Mungkin itu pengalaman yang paling aku ingat sepanjang hari pertama aku di sekolah ini.
    i.
      wajah cikgu-cikgu yang disayangi

    Hummm?? ^_^ lari sana lari sini :)

    Hari pertama persekolahan sememangnya satu pengalaman yang boleh aku katakan seronok dalam hidup aku kerana aku dapat mempelajari banyak perkara baru.
    Semasa di dalam kelas aku berbual dengan rakan-rakan yang yang duduk berdekatan dengan ku.
     Tepat jam 10.30 pagi loceng berbunyi menandakan waktu rehat.
     Dengan berbekalkan wang saku yang diberikan oleh ayah aku pun pergi ke kantin. 
    Aku berlari ke arah kaunter untuk membeli makanan.
     Aku ditegur dan disuruh beratur.
     Almaklumlah itu merupakan suatu perkara baru buatku kerana tidak wujud 
    jawatan pengawas semasa aku di sekolah tadika.
    Aku terus beratur dan seterusnya membeli makanan di situ.
    Selesai makan aku bermain kejar-kejar bersama dengan rakan-rakan yang baru aku kenali.
     Tatkala loceng yang menandakan habisnya waktu rehat berdering aku dan rakan-rakan
     segera masuk ke kelas. 
    Kali ini guru lain pula yang masuk ke bilik darjah kami. 
    Aku merasa hairan kerana semasa aku di tadika dulu cuma seorang guru sahaja yang mengajar aku.
    Mulanya memang aku kebingungan  dan tidak faham akan hal itu 
    rupa-rupanya baru aku tahu bahawa di sekolah setiap matapelajaran diajar oleh guru
     yang berlainan tidak seperti aku di tadika dahulu.
    Guru yang memasuki kelasku itu bernama mohd ghani bin yusuf adalah guru yang akan mengajar kelas kami matapelajaran matematik.Kami diajar mengenai operasi tambah. 
    Cikgu ghani  kemudian mengajukan soalan kepada setiap seorang yang berada di dalam kelas kami.
    Apabila sampai giliran aku,aku dapat menjawab soalan yang diberikan dengan mudahnya 
    kerana matematik sememangnya matapelajaran kegemaranku pada waktu itu.
     Kami sekelas dibenarkan balik pada jam 1 tengahari .
    Aku pun berjalan bersama-sama dengan rakan-rakan sambil menggalas beg sekolahku
     ke arah pintu pagar sekolah. Ayah sudahpun menunggu aku di hadapan pagar sekolah. 
    Aku amat gembira kerana dapat melalui hari pertama aku di sekolah rendah dengan baik sekali. 
    Aku menaiki kereta dan pulang ke rumah bersama dengan ayah. 
    Pengalaman hari pertama bersekolah sememangnya amat menyeronokkan,
    memberikan aku banyak pengetahuan baru serta menambahkan bilangan
     kawan yang aku ada.

    Hari Pertama @ Sekolah Rendah :)

    7 tahun. 
    Umurku sewaktu aku menjejakkan kaki buat kali pertamanya ke tempat yang dinamakan sekolah.
     Sekolah merupakan satu persekitaran bagi diri aku.
     Satu perkara baru yang perlu aku hadapi dalam diari kehidupan aku.
     Saat aku melangkah ke sekolah aku merasa pelik kerana semua orang berpakaian serba
     putih serta bertali leher sedangkan semasa aku di sekolah tadika dahulu aku dan rakan-rakan 
    memakai baju berwarna dan kelihatan lebih menarik dari warna putih yang padaku agak membosankan.. Pengalamanku berada di sekolah pada hari yang pertama, kami semua perlu duduk di dataran pada permulaan hari untuk perhimpunan.
     Sesudah habis perhimpunan aku serta rakan-rakan yang duduk sebaris denganku mengikut guru yang mengarahkan kami mengikutnya untuk ke bilik darjah kami.
     Aku merasa sungguh seronok kerana aku teringat akan permainan keretapi  yang aku main bersama dengan teman-teman di sekolah tadika dahulu. 
    Sebelum ke bilik darjah guru itu membawa kami melihat-lihat persekitaran sekolah terlebih dahulu. Kami ditunjukkan dimana kantin untuk kami membeli makanan dan banyak lagi kawasan lain.
     Aku pergi ke sekolah pada hari pertama bertemankan ibu dan ayahku. 
    Sesudah selesai sesi pendaftaran ayah dan ibu pulang dan meninggalkan aku di bawah jagaan guru di dalam kelas itu. Aku duduk di sebelah seorang budak lelaki yang berkaca mata.
     Aku lihat dia menangis teresak-esak kerana ditinggalkan oleh ibu bapanya.
     Ada juga aku lihat beberapa orang yang sekelas denganku turut menangis di dalam kelas itu.
    Aku?  Tak mungkin aku menangis. Aku kan anak lelaki. Haha…
    Tapi biasalah aku tidak mengatakan bahawa rakan-rakaku tidak kuat mahupun seorang yang lembik
     kerana sudah menjadi satu lumrah,anak kecil yang batu melangkah ke sekolah yakni yang membawa satu perubahan persekitaran yang drastik dalam kehidupan seharian mereka. Guru yang membawa kami melihat-lihat kawasan tadi memperkenalkan dirinya apabila kami semua telah mengambil tempat duduk masing-masing di dalam bilik darjah, nama guru itu adalah cikgu faridah binti kamarudin. Nama bilik darjah kami _1 anggerik. Cikgu _faridah meminta kami semua seorang demi seorang memperkenalkan diri masing-masing. Sememangnya aku merasa gugup dan takut-takut mulanya tapi apabila melihat rakan-rakan yang lain memperkenalkan diri mereka dengan yakin rasa takut aku hilang begitu sahaja. Aku ______________________________ dan inilah kisah tentang hari-hari pertama aku di sekolah.