Monday, 19 September 2011

Hummm?? ^_^ lari sana lari sini :)

Hari pertama persekolahan sememangnya satu pengalaman yang boleh aku katakan seronok dalam hidup aku kerana aku dapat mempelajari banyak perkara baru.
Semasa di dalam kelas aku berbual dengan rakan-rakan yang yang duduk berdekatan dengan ku.
 Tepat jam 10.30 pagi loceng berbunyi menandakan waktu rehat.
 Dengan berbekalkan wang saku yang diberikan oleh ayah aku pun pergi ke kantin. 
Aku berlari ke arah kaunter untuk membeli makanan.
 Aku ditegur dan disuruh beratur.
 Almaklumlah itu merupakan suatu perkara baru buatku kerana tidak wujud 
jawatan pengawas semasa aku di sekolah tadika.
Aku terus beratur dan seterusnya membeli makanan di situ.
Selesai makan aku bermain kejar-kejar bersama dengan rakan-rakan yang baru aku kenali.
 Tatkala loceng yang menandakan habisnya waktu rehat berdering aku dan rakan-rakan
 segera masuk ke kelas. 
Kali ini guru lain pula yang masuk ke bilik darjah kami. 
Aku merasa hairan kerana semasa aku di tadika dulu cuma seorang guru sahaja yang mengajar aku.
Mulanya memang aku kebingungan  dan tidak faham akan hal itu 
rupa-rupanya baru aku tahu bahawa di sekolah setiap matapelajaran diajar oleh guru
 yang berlainan tidak seperti aku di tadika dahulu.
Guru yang memasuki kelasku itu bernama mohd ghani bin yusuf adalah guru yang akan mengajar kelas kami matapelajaran matematik.Kami diajar mengenai operasi tambah. 
Cikgu ghani  kemudian mengajukan soalan kepada setiap seorang yang berada di dalam kelas kami.
Apabila sampai giliran aku,aku dapat menjawab soalan yang diberikan dengan mudahnya 
kerana matematik sememangnya matapelajaran kegemaranku pada waktu itu.
 Kami sekelas dibenarkan balik pada jam 1 tengahari .
Aku pun berjalan bersama-sama dengan rakan-rakan sambil menggalas beg sekolahku
 ke arah pintu pagar sekolah. Ayah sudahpun menunggu aku di hadapan pagar sekolah. 
Aku amat gembira kerana dapat melalui hari pertama aku di sekolah rendah dengan baik sekali. 
Aku menaiki kereta dan pulang ke rumah bersama dengan ayah. 
Pengalaman hari pertama bersekolah sememangnya amat menyeronokkan,
memberikan aku banyak pengetahuan baru serta menambahkan bilangan
 kawan yang aku ada.

No comments:

Post a Comment